Jun 14, 2021

Saya Telah Divaksinasi!

 Assalamualaikum. 


Good day, everyone! 😂 It has been a while. How are you guysssss? I hope everybody is doing good and well. Despite current situation, pandemic, lockdown, yada yada. 

As for today, I decided to write in my native language, instead of English. Jadi, ayuh! 


Seperti yang tertera sebagai tajuk, saya telah pun divaksinasi! Saya telah terima dos pertama saya bagi vaksin bernama AstraZeneca, atau AZ sebagai singkatan, pada 1 Jun yang lalu. Proses dan pengalaman dalam mendapatkan vaksin itu sangatlah lancar dan teratur. Ada beberapa artikel yang dibaca di ruangan sosial, katanya ada yang perlu beratur panjang selama berjam, ada yang tidak dibenarkan masuk ke ruangan vaksinasi atas sebab-sebab tertentu, dan sebagainya. Tetapi, Alhamdulillah, apa yang saya alami sangatlah menyenangkan. 


Temujanji saya adalah pada jam 6 petang, dan saya sampai di tempat kejadian lebih kurang setengah jam awal. Semuanya boleh dianggap mudah daripada pintu masuk sehinggalah ke dewan pemberian vaksinasi. Ada banyak papan tanda sebagai petunjuk, jadi saya rasa tiada masalah tersesat atau tidak jumpa jalan ke dewan vaksinasi. Sesampainya di kawasan dewan, saya dapati tempat meletakkan kenderaan yang disediakan juga cukup untuk menampung semua kenderaan penerima vaksin kerana tempatnya begitu luas. Saya tak pasti atas konteks kapasiti berapa banyak kereta boleh ditempatkan dalam satu masa, tapi ianya juga tidak akan menimbulkan masalah yang besar. 


Seterusnya adalah proses pendaftaran di mana saya merasakan banyak bantuan yang diberikan daripada sukarelawan dan anggota RELA bertugas. Mereka akan membantu memberitahu apa yang perlu dilakukan dan menunjukkan stesen-stesen yang perlu anda pergi. Oh, bagi satu-satu stesen, saya rasa ia tidak mengambil terlalu lama daripada masa anda semua kerana tempatnya besar dan kaunter bagi sesebuah stesen juga banyak. Selepas daftar, kita akan diarahkan untuk ke stesen konsultasi di mana kita akan bertemu dengan seorang doktor bagi mendengar taklimat dan nasihat mereka mengenai vaksin yang akan kita perolehi itu. Ketika itu, ambillah peluang itu untuk tanya sebanyak mana soalan dan ajukan keraguan anda supaya anda semua jelas mengenai vaksin COVID19 ini. 


Selepas itu? Masa untuk suntikan! Ada beberapa kubikel yang disediakan sebagai ruangan suntikan. Maka tiada masalah di situ. Mudah dan pantas. Anda tunggu untuk beberapa ketika sehingga tiba giliran anda dan ada ruangan yang kosong, anda boleh masuk dan dapatkan suntikan. Ha. Dekat sini. Untuk yang takut jarum, mungkin pada awal tu akan rasa cuak sedikit. Tapi bila dah dicucuk, tak rasa dah pun. Sekejap sangat masa untuk suntikan tu. 😅 Lepas suntikan, kita akan diarahkan ke stesen pemantauan di mana kita perlu berada di situ samada 15 atau 30 minit. Ianya bertujuan untuk memberi ruang bagi badan kita menerima vaksin tersebut. Sepanjang tempoh itu, sekiranya ada gejala signifikan yang anda rasakan, mudah untuk kita mendapatkan bantuan pihak bertugas. Nanti kalau dah sampai rumah, payah pulak nak dipantau, betul? 😬 Tetapi, untuk saya ketika itu, saya tidak merasakan apa-apa yang signifikan. Jadi saya okay je. Hahaha. 


Sudah selesai semua itu, kita akan dibenarkan untuk pulang dan lakukan pantauan kendiri. Ada nasihat yang diberikan untuk pantau selama 3 hari sekurang-kurang. Dalam tempoh itu, katanya normal untuk mengalami demam, sakit badan, sakit kepala dan seerti dengannya. Tetapi kalau lebih 3 hari, kita perlu ke klinik dan dapatkan rawatan secepatnya. Kalau tak ada, anda hebat! Gejala yang saya alami? Lain masa, lain hari kita cerita. Sebab rasa macam dah panjang. Serupa karangan Bahasa Malaysia SPM pula. 


Okie, semua? Terima kasih kerana sudi singgah dan baca blog saya. Jumpa lagi! 👋



14062021_2346